Mempunyai anak adalah idaman semua pasangan yang telah
berumahtangga. Namun rezeki masing-masing kadang-kadang tidak dapat kita duga.
Ada yang cepat, ada yang lambat dapat anak. Ada yang dah ada anak satu, tapi
untuk mendapatkan yang kedua adalah sangat payah. Ada banyak yer factor
penyebab sukar hamil ni. Walaubagaimanapun Shaklee ada rangkaian produk yang
boleh membantu kehamilan ini.
1) GLA & COQ10 UNTUK KESUBURAN WANITA
1.1) Apa itu GLA?
Gamma-linolenic Acid
atau GLA juga dikenali sebagai Gamoleic
Acid, adalah sejenis asid lemak yang didapati dari beberapa sumber
tumbuhan, antaranya minyak Evening
Primrose, minyak Borage dan
Blackcurent. Shaklee menggunakan minyak Borage
sebagai bahan utama dalam penghasilan GLA Complex kerana kandungan GLA yang
tinggi dan mudah diserap oleh badan. Malah sumber GLA yang paling baik dari
segi kuantiti dan kualiti adalah dari sumber Minyak Borage.
GLA mempunyai banyak kelebihan untuk kesihatan khususnya
yang melibatkan masalah-masalah kewanitaan seperti menopaus dan Pre Menstrual
Syndrome (PMS). Salah satu khasiat GLA yang diketahui umum adalah kecantikan
kulit. Oleh itu, kebanyakan wanita menjadikan pengambilannya bagi tujuan
kecantikan.
Namun, tidak ramai yang sedar tentang khasiat GLA dalam
bidang kesuburan. Bagaimana GLA boleh membantu meningkatkan kesuburan?
- Minyak Borage mengandungi sejenis asid lemak yang dikenali sebagai gamma-linolenic acid (GLA). GLA ini membantu dalam penghasilan dan pencairan mukus-mukus dalam badan. Sekaligus, ia juga turut membantu dalam penghasilan mukus serviks yang berkualiti untuk kesuburan. Apakah mukus serviks? Untuk berlakunya persenyawaan, sperma mesti berenang ke tiub fallopio dimana ia akan bertemu dengan ovum dan seterusnya berlaku penetrasi dan persenyawaan. Proses pergerakan sperma ke arah ovum ini akan berlaku dengan lancar jika terdapat persekitaran yang sesuai untuk ovum berenang. Persekitaran yang dimaksudkan ini ialah kelembapan pada laluan sperma pada vagina. Jika laluain ini kering, ia mengurangkan peluang untuk berlakunya persenyawaan. Untuk itu, terdapat sejenis mukus yang dirembeskan dari faraj yang dikenali sebagai mukus serviks. Mukus serviks ini akan menyediakan persekitaran yang sesuai bagi pergerakan sperma ke arah ovum.
- GLA ini akan ditukarkan kepada Prostaglandin, sejenis enzim yang dipercayai membantu mengawal atur hormon-hormon reproduktif wanita.
-
Peranan-peranan lain GLA terhadap kesuburan akan diterangkan kemudian
1.2) Bagaimana GLA Membantu Meningkatkan Kesuburan Wanita
GLA adalah sejenis asid lemak Omega 6. Ia telah digunakan
secara tradisional bagi mengatasi masalah seperti senggugut, haid tidak teratur
dan merawat simptom-simptom menopaus, kecantikan kulit dan juga untuk
kesuburan. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, jarang yang tahu peranan GLA
dalam kesuburan wanita.
Berikut adalah peranan GLA dalam kesuburan wanita:
GLA dapat membantu menstabilkan hormon dan memastikan
kitaran haid teratur
Terdapat banyak factor yang mempengaruhi kitar haid seperti
pemakanan, hormon, tekanan dan lain-lain. Kitar haid yang tidak teratur mungkin
merupakan salah satu petunjuk bahawa diri seseorang itu mempunyai masalah dalam
system reproduktifnya.
Selain itu, jika kitar haid seseorang itu tidak teratur, ia
merumitkan usaha untuk meramal hari-hari subur
yang secara tak langsung akan merendahkan lagi peluang kehamilan.
GLA membantu dalam proses penghasilan mukus serviks yang
berkualiti dan juga meningkatkan kuantitinya
Mukus serviks yang berkualiti akan membantu pergerakan
sperma menuju ke uterus dan seterusnya mensenyawakan ovum. Jika hubungan
kelamin dilakukan lebih awal dari tarikh jangkaan ovulasi, dengan perantaraan
mukus serviks yang berkualiti, ia akan membolehkan sel-sel sperma dapat hidup
dalam tiub Fallopio sehingga 5 hari sebelum berlakunya ovulasi.
GLA membantu mengatasi senggugut
Senggugut terjadi apabila kekejangan pada otot dalam Rahim
dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang
kekurangan GLA. Pengambilan GLA dapat mengatasi masalah ini.
GLA dapat menguatkan placenta dan meningkatkan lapisan
Uterus
GLA membekalkan persekitaran yang baik bagi membantu telur
yang disenyawakan untuk menempel dan tumbuh.
GLA boleh ditukarkan kepada Prostaglandin, yang memainkan
peranan penting dalam mengurangkan keradangan (imflammation)
Keradangan ini mungkin akan menghalang proses persenyawaan
sperma dan telur. Keradangan ini adalah antara punca kepada masalah
Endometriosis dan masalah kesuburan lain.
Nota Penting:
“ Persekitaran Rahim adalah tempat dimana bertemunya dua
watak utama dalam proses kehamilan iaitu sperma dan ovum. Oleh itu,
persekitaran ini memainkan peranan penting bagi memastikan proses persenyawaan
ovum dan sperma berlaku dengan lancar. Pengambilan GLA akan mengoptimumkan
persekitaran Rahim bagi membantu kejayaan proses persenyawaan. Kesimpulannya,
GLA akan bertindak di bahagian persekitaran Rahim.”
1.3) Apa itu CoQ10?
Dengan pengambilan GLA, persekitaran Rahim akan berada pada
tahap terbaik bagi memastikan proses persenyawaan berlaku dengan jayanya. Namun,
bagaimana pula dengan Ovum?
Tahukah anda bahawa apabila seseorang bayi perempuan
dilahirkan, ia telah disediakan oleh Yang Maha Pencipta dengan sejumlah
telur/ovum. Tiap-tiap bulan, telur ini akan mengalami proses pematangan. Setiap
bulan, satu demi satu telur yang matang akan dibebaskan dari ovary dan bergerak
ke tiub Fallopio untuk disenyawakan oleh sperma.
Telur ini perlu berada dalam keadaan baik dan berkualiti
bagi memastikan ia dapat disenyawakan dengan baik oleh sperma. Antara masalah
yang mungkin berlaku kepada telur adalah tidak matang, saiz kecil dan
kekurangan dari segi kualiti.
Oleh itu bagaimana ingin memastikan bahawa proses pembebasan
telur dari ovary berlaku dengan lancar dan telur yang terhasil tersebut
berkualiti dan dapat disenyawakan dengan baik oleh sperma?
Di sinilah peranan yang dimainkan oleh CoQ10. CoQ10
terkandung didalam Coqhealth Plus. Pengambilan CoQ10 akan dapat membantu
menghasilkan telur yang matang dan berkualiti bagi memastikan kejayaan proses
persenyawaan.
CoQ10 (Coenzyme Q10) yang juga dikenali sebagai Ubiquinone
adalah sejenis nutrient yang larut lemak yang penting bagi penghasilan tenaga
di dalam sel. CoQ10 ini mula dijumpai oleh Professor Fredrick L. Crane pada
tahun 1957. Namun, perkaitannya dengan proses penghasilan tenaga yang dijumpai
oleh Dr Peter D. Mitchell pada tahun 1978 dan seterusnya mendapat Hadiah Nobel
atas penemuannya ini.
CoQ10 boleh didapati pada setiap sel pada badan manusia.
CoQ10 juga boleh didapati dari sumber-sumber makanan seperti hati, daging,
kekacang, sardine dan soya. Sel badan menggunakan CoQ10 ini bagi menghasilkan
tenaga bagi tumbesaran dan pengawalaturan sel, termasuklah ovum (ovum adalah
sejenis sel). Ia juga berfungsi sebagai antioksidan yang mengawal sel daripada
molekul-molekul radikal bebas.
CoQ10 sangat terkenal sebagai suplemen untuk kesihatan
jantung. Ia juga sangat membantu individu-individu yang selalu mengalami masalah
keletihan dan kelesuan. Oleh itu, biasanya CoQ10 ini diambil bagi tujuan
kesihatan jantung dan tenaga. Peranannya bagi tujuan ini banyak disokong oleh
pelbagai kajian-kajian klinikal dari seluruh dunia. Namun, tersangat jarang
yang tahu tentang peranan CoQ10 dalam bidang kesuburan, baik bagi wanita
mahupun lelaki.
Sebenarnya, peranan CoQ10 terhadap kesuburan lelaki telah
lama dikaji oleh para penyelidik manakala hipotesis tentang peranan CoQ10
terhadap kesuburan wanita pula mula diperkenalkan pada tahun 2009. Jurnal
‘Fertility & Sterility’ telah menerbitkan kajian tersebut yang telah
dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Toronto Centre of Advanced
Reproductive Technology yang diketuai oleh Eliezer Burstein M.D. Kesan daripada
pengambilan CoQ10 ini didapati telah membantu kejayaan proses IVF bagi
pesakit-pesakit beliau. Dalam masa 3 tahun, kadar kejayaan IVF dalam kalangan
pesakit wanita yang berumur lebih 40 tahun meningkat sebanyak 10 peratus.
Kemudian, beberapa kajian lanjut yang dijalankan juga
menunjukkan hasil yang menarik dan mula mengukuhkan lagi hipotisis sebelum ini.
( Kami hanya menunjukkan sebahagian kajian sahaja)
1.4) Bagaimana
CoQ10 Meningkatkan Kesuburan Wanita
Sebelum itu, kita lihat proses pematangan sel telur melalui
gambarajah dibawah:
CoQ10 memainkan peranannya dalam mitokondria. Mitokondria
adalah ibarat stesen janakuasa bagi sesuatu sel. CoQ10 akan memainkan peranan
bagi penghasilan ATP sebagai sumber tenaga bagi membantu ‘oocyte primer’ iaitu
telur yang belum matang untuk berkembang kepada telur yang matang(Secondary
oocyte). Telur yang matang ini akan dibebaskan keluar dari ovari dan menuju ke
Tiub Falopio untuk disenyawakan oleh sperma.
Proses pematangan Oosit Primer ini sangat memerlukan
ATP(Sumber tenaga) yang banyak. Bagi sesetengah wanita terutamanya yang sudah
berusia, kandungan CoQ10 ini semakin berkurangan. Oleh itu, ATP dalam
Mitokondria juga berkurangan menyebabkan kualiti telur merosot.
Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, seseorang bayi
perempuan akan lahir dengan sejumlah telur yang akan dibebaskan satu demi satu
setiap bulan. Katakanlah seseorang wanita tersebut berusia 40 tahun, maka telur
wanita tersebut juga berusia 40 tahun. CoQ10 yang terkandung secara semulajadi
dalam diet harian seperti ikan, daging, dan sesetengah buah-buahan dan sayuran
adalah sangat sedikit bagi menampung kekurangan ini.
Oleh itu, dengan izin Yang Maha Pencipta, pengambilan CoQ10
akan membantu membekalkan tenaga bagi proses penghasilan telur yang sihat dan
berkualiti.
Nota penting:
“Proses penghasilan ovum yang sihat dan berkualiti
memerlukan banyak tenaga. Tenaga ini dibekalkan oleh CoQ10. Namun dengan
peningkatan usisa dan kaedah pemakan yang tidak sihat, kandunagn CoQ10 dalam
seseornag wanita akan merosot. Pengambilan CoQ10 akan membantu mengatasi
masalah kekurangan tenaga dalam proses ovulasi. Ini akan memastikan bahawa
telur yang terhasil adalah sihat, matang dan berkualiti. Kesimpulannya, CoQ10
akan bertindak di peringkat awal proses pematangan telur pada peringkat Oosit
Primer”.
(2) Suplemen Tambahan Untuk Kesuburan Wanita
Oleh kerana peranan penting yang
dimainkan oleh GLA dan CoQ10 dalam meningkatkan kesuburan wanita, bagi mereka
yang berikhtiar untuk dapat zuriat, pengambilan dua suplemen tersebut adalah perlu.
Maka ia adalah merupakan Set Kesuburan Asas. Bagi memastikan ikhtiar anda
mencapai tahap yang optimum, beberapa suplemen berikut juga boleh memberikan
kesan yang sangat ketara dalam peningkatan tahap kesuburan wanita.
2.1) B Kompleks
B Kompleks adalah terdiri daripada
beberapa siri Vitamin B. Antara yang penting untuk kesuburan adalah Vitamin B6.
Menurut Dr. Randine Lewis, Vitamin B6 akan membantu meningkatkan aras
progesteron, hormon yang menyediakan badan bagi kehamilan. Ia juga didapati
dapat menurunkan aras prolaktin. Kekurangan B6 akan meningkatkan penghasilan
estrogen sehingga ke tahap yang berlebihan. Keadaan ini akan menhyebabkan
penghasilan progesteron oleh ovari terganggu. Keadaan ini dipanggil ‘luteal
phase defect’.
Selain itu, aras Vitamin B6
berserta dengan B12 dan Asid Folik akan membantu merendahkan aras Homosistein
pada tahap yang lebih rendah. Homosistein adalah sejenis asid amino, Dalam satu
kajian yang dilakukan di Belanda dan diterbitkan oleh Jurnal ‘Human
Reproduction’ pada tahun 2006, mendapati bahawa aras Homosistein tinggi memberi
kesan yang tidak baik terhadap kualiti Embrio yang terhasil dari proses IVF.
Dalam satu lagi kajian yang juga
dijalankan di Belanda dan diterbitkan dalam jurnal ‘Fertility and Sterility’
pada tahun 2010, kaedah pemakanan yang tinggi Vitamin B6 memberi kesan yang
signifikan terhadap kesuburan.
Pernah dengar Myo-inositol(MI)? MI
adalah sebahagian daripada Vitamin B Kompleks. Kajian menunjukkan bahawa
kandungan MI yang tinggi mempunyai perkaitan rapat dengan penghasilan telur
yang berkualiti. Kajian juga menunjukkan bahawa ia dapat memberi kesan yang
sangat baik bagi pesakit PCOS.
Tahukah anda apa itu asid folik?
Biasanya ia dicadangkan pengambilannya oleh doktor untuk wanita-wanita pada
peringkat awal kehamilan.
Asid folik adalah sejenis Vitamin
B, juga dikenali dengan B9. Selain itu, ia juga dikenali sebagai folate atau folacin. Asid folik dipercayai dapat membantu proses sintesis
bahan-bahan genetik sel-sel badan dan membantu fungsi otak.
Pengambilan asid folik bagi wanita
mengandung penting untuk mengurangkan risiko kecacatan semasa kelahiran yang
melibatkan otak dan tulang belakang seperti spina bifida yang terjadi 1 dalam
setiap 1000 kelahiran. Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh ‘The Centers
for Disease Control’ di US, wanita yang mengambil asid folik mengikut cadangan
dos harian dapat mengurangkan risiko pelbagai komplikasi kelahiran sebanyak
50%.
Tetapi sebenarnya, pengambilan asid
folik adalah sangat digalakkan sebelum kehamilan. Tidak dapat dipastikan secara
khusus tenteng asid folik keatas kesuburan, tetapi ia adalah penting bagi
mengurangkan risiko keguguran.
2.2) Vitamin C
Vitamin C dapat membantu
meningkatkan aras hormon progesteron dalam badan dan membantu membetulkan
gangguan fasa luteal. Kepentingan hormon Progesteron ini sudah diterangkan
sebelum ini. Berikut adalah sebahagian daripada penulisan asal kajian tersebut.
Selain itu pengambilan Vitamin C
akan membantu penghasilan mukus serviks. Walaubagaimanapun, pengambilan Vitamin
C secara berlebihan mempunyai kesan yang sebaliknya terhadap mukus serviks.
Namun, GLA adalah suplemen terbaik untuk penghasilan mukus serviks.
2.2) Multivitamin
Menurut Prof Rina Agrawal dari
Warwick University, setiap wanita yang dalam ikhtiar untuk hamil perlu
mengamalkan pengambilan Multivitamin. Kajian beliau ini diterbitkan dalam
Jurnal Reproductive BioMedicine Online.
Selain itu, seorang pakar kesuburan
tempatan yang terkenal, Dr Hamid Arshat sendiri pernah menyarankan pengambilan
Multivitamin dalam proses untuk mendapatkan zuriat.
3) COQ10 & ZINK UNTUK KESUBURAN LELAKI
Sebelum mengulas lebih lanjut
mengenai peranan CoQ10 dan Zink bagi kesuburan lelaki, terlebih dahulu kami
ingin ketengahkan satu fakta yang agak mengejutkan.
# Hanya 1 daripada 4 lelaki yang
mempunyai kualiti sperma pada tahap optimum.
# Jumlah bilangan sperma bagi
lelaki seluruh dunia dianggarkan berkuangan sebanyak 50% sejak tahun 1930.
Kedua-dua fakta diatas didapati
daripada kajian yang diterbitkan dalam Jurnal European Urology pada
tahun 2012.
(Joegensen N, Joensen UN, Jensen TK, et al. Human semen quality in the
new millennium: a prospective cross-sectional population-based study of 4867
men. BMJ Open. 2012;2(4))
3.1) Bagaimana CoQ10 Meningkatkan Kesuburan Lelaki
Sebenarnya, kajian tentang CoQ10
terhadap lelaki adalah lebih meluas berbanding wanita. Satu kajian yang
dilakukan di Iran pada tahun 2009 telah diterbitkan dalam ‘The Journal or Urology’. Hasil kajian daripada penyelidik di Urology and Nephrology Research Center,
Tehran tersebut telah mendapati bahwa terdapat peningkatan yang signifikan
terhadap kuantiti dan motiliti sperma.
Dalam satu kajian lain yang
melibatkan seramai 212 pesakit Idiopathic
Oligoasthenoteratospermia, didapati
bahawa terdapat peningkatan yang ketara dari segi bilangan sperma dan
pergerakan aktif sperma juga bertambah.
Berikut adalah antara kajian-kajian
lain tentang kesan CoQ10 terhadap kesuburan lelaki.
3.2) Zink dan Kesuburan Lelaki
Zink mengandungi lebih 200 jenis
protein dan enzim yang perlu untuk kesuburan lelaki. Kekurangan Zink akan
mempengaruhi penghasilan hormon testosteron dan menjejaskan kualiti dan
kuantiti sperma. Suatu kajian telah dijalankan terhadap 37 lelaki yang
mengalami masalah ketidaksuburan selama lebih dari 5 tahun dengan bilangan
sperma kurang dari 25 juta/ml. Mereka diminta untuk mengambil 60mg Zink setiap
hari selama 40-50 hari.
Hasilnya, 22 pesakit yang pada
asalnya aras hormon testosteronnya kurang telah menunjukkan peningkatan hormon
tersebut dan seterusnya didapati bilangan sperma telah meningkar secara
signifikan. Daripada 22 pesakit ini, 9 daripada isteri mereka telah berjaya
hamil. Bagi 15 pesakit dengan aras testosteron yang normal pula menunjukkan
sedikit peningkatan bilangan sperma tetapi tiada perubahan aras testosteron dan
tiada kehamilan direkodkan.
4) Suplemen Tambahan untuk Kesuburan Lelaki
4.1) Vitamin E
Vitamin E adalah sejenis
antioksidan penting yang memainkan peranan dalam penghasilan sperma. Kekurangan
Vitamin E didapati akan membantutkan proses penghasilan sperma. Berdasarkan
satu kajian yang dilakukan keatas lelaki yang mengalami masalah kesuburan, pengambilan
Vitamin E membantu meningkatkan peratus kehamilan sebanyak 20%.
Dalam sebuah kajian yang
diterbitkandalan jurnal ‘Fertility and
Sterility’, pengambilan Vitamin E sebanyak 600IU setiap hari secara
dramatik akan meningkatkan fungsi sperma.
Menurut kajian tersebut, oleh
kerana kebanyakan punca ketidaksuburan lelaki adalah disebabkan oleh gangguan
fungsi sperma, maka Vitamin E adalah suatu bentuk rawatan yang mudah dan murah.
Manakala dalam satu kajian lain yang diterbitkan dalam sebuah jurnal pada tahun
1960, pengambilan Vitamin E (400-800 i.u. setiap hari) akan memperbaiki kualiti
sperma dan telur.
Vitamin E terdapat dalam 8 bentuk
utama, alpha tocopherol adalah jenis
yang paling aktif dalam manusia dan ia adalah antioksidan biologikal yang kuat.
Manakala d-alpha tocopherol pula
adalah jenis Vitamin E yang paling baik untuk dijadikan suplemen kerana ia
adalah 100% sumber semulajadi dan mudag diserap oleh badan.
Vitamin E yang dipasarkan secara
komersial boleh dikelaskan kepada beberapa kategori:
- Vitamin E Sintetik.Iaitu dari jenis d1-alpha tocopherol. Ia adalah jenis yang paling mahal dan paling banyak didapati di pasaran. Biasanya didapati dalam bentuk ‘acetate ester’.
- Natural mixed tocopherol. Ini adalah bentuk yang kurang baik dari segi kadar penyerapan dalam badan.
- Vitamin E sumber semulajadi iaitu d-alpha-tocopherol. Ia adalah jenis yang mudah diserap dalam badan. D-alpha-tocopherol inilah yang paling baik untuk dijadikan suplemen. (Untuk makluman anda, tidak banyak syarikat yang mengeluarkan Vitamin E D-alpha-tocopherol. Shaklee adalah jenama yang paling terkenal dengan jenis Vitamin E semulajadi)
-
4.2) Selenium
Terdapat kajian yang menyatakan
bahawa kekurangan selenium boleh menghalang perngoksidaan bagi sperma.
Pengoksidaan bagi sperma adalah penting untuk kualiti sperma yang dihasilkan.
Kekurangan selenium juga boleh menyebabkan penghasilan sperma yang ekornya
senang terputus. Seseorang lelaki akan kehilangan selenium melalui pengeluaran
air mani.
Terdapat juga satu kajian yang
dilakukan terhadap segolongan lelaki yang mengalami masalah bilangan sperma
yang kurang. Melalui pengambilan suplemen selenium, didapati terdapat
penambahan dalam bilangan sperma sebanyak 2 kali ganda. Walaubagaimanapun,
pengambilan selenium dalam jumlah yang banyak sebaliknya akan menjadi beracun.
4.3) Vitamin C
Dalam satu kajian yang dijalankan,
sekumpulan lelaki berumur 25-35 tahun telah diberi 1000mg Vitamin C sebanyak 2
kali setiap hari. Setelah 2 bulan, secara purata, kadar peningkatan bilangan
sperma telah meningkat sebanyak 129% motiliti pula meningkat kepada 93% dan
morfologi sperma meningkat sebanyak 55%.
Berdasarkan kajian yang dilakukan
oleh Dr. Earl Dawson M.D., Ph.D., Associate Professor di University of Tezas Medical School, Galveston, kekurangan Vitamin C
akan menyebabkan aglutinasi sperma. Aglutinasi sperma adalah suatu keadaan
dimana sperma akan melekat di antara satu sama lain dan membantutkan pergerakan
sperma Vitamin C juga didapati dapat menurunkan kadar kerosalan DNA pada sperma
sebnayak 91%.
4.4) VitaminB Kompleks
Bagi lelaki, B12 akan meningkatkan
kuantiti dan kualiti sperma. Ini berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas
sekumpulan lelaki yang mengalami masalah kekurangan bilangan sperma iaitu hanya
20 juta/mk. Setelah membuat pengambilan 1000 microgram Vitamin B12 setiap hari,
didapati 27% daripada mereka mencatat peningkatan bilangan sperma sebanyak 100
juta/ml.
Testimoni berjaya hamil dengan Shaklee:
- Alhamdulillah Kak king disahkan hamil apabila genap setahun kak king berkahwin. Pada awalnya kak king mengalami haid yang tidak tetap, dilingkungan 30-40 hari cycle kak king. Kak king cuma mengamalkan GLA dan Vitalea pada masa itu dan suami mengamalkan Zink. - Kak King
Testimoni lain:
No comments:
Post a Comment