Wednesday

Ikhtiar hamil dengan Shaklee




Mempunyai anak adalah idaman semua pasangan yang telah berumahtangga. Namun rezeki masing-masing kadang-kadang tidak dapat kita duga. Ada yang cepat, ada yang lambat dapat anak. Ada yang dah ada anak satu, tapi untuk mendapatkan yang kedua adalah sangat payah. Ada banyak yer factor penyebab sukar hamil ni. Walaubagaimanapun Shaklee ada rangkaian produk yang boleh membantu kehamilan ini.


1) GLA & COQ10 UNTUK KESUBURAN WANITA


1.1) Apa itu GLA?

Gamma-linolenic Acid atau GLA juga dikenali sebagai Gamoleic Acid, adalah sejenis asid lemak yang didapati dari beberapa sumber tumbuhan, antaranya minyak Evening Primrose, minyak Borage dan Blackcurent. Shaklee menggunakan minyak Borage sebagai bahan utama dalam penghasilan GLA Complex kerana kandungan GLA yang tinggi dan mudah diserap oleh badan. Malah sumber GLA yang paling baik dari segi kuantiti dan kualiti adalah dari sumber Minyak Borage.
GLA mempunyai banyak kelebihan untuk kesihatan khususnya yang melibatkan masalah-masalah kewanitaan seperti menopaus dan Pre Menstrual Syndrome (PMS). Salah satu khasiat GLA yang diketahui umum adalah kecantikan kulit. Oleh itu, kebanyakan wanita menjadikan pengambilannya bagi tujuan kecantikan.
Namun, tidak ramai yang sedar tentang khasiat GLA dalam bidang kesuburan. Bagaimana GLA boleh membantu meningkatkan kesuburan?


  • Minyak Borage mengandungi sejenis asid lemak yang dikenali sebagai gamma-linolenic acid (GLA). GLA ini membantu dalam penghasilan dan pencairan mukus-mukus dalam badan. Sekaligus, ia juga turut membantu dalam penghasilan mukus serviks yang berkualiti untuk kesuburan. Apakah mukus serviks? Untuk berlakunya persenyawaan, sperma mesti berenang ke tiub fallopio dimana ia akan bertemu dengan ovum dan seterusnya berlaku penetrasi dan persenyawaan. Proses pergerakan sperma ke arah ovum ini akan berlaku dengan lancar jika terdapat persekitaran yang sesuai untuk ovum berenang. Persekitaran yang dimaksudkan ini ialah kelembapan pada laluan sperma pada vagina. Jika laluain ini kering, ia mengurangkan peluang untuk berlakunya persenyawaan. Untuk itu, terdapat sejenis mukus yang dirembeskan dari faraj yang dikenali sebagai mukus serviks. Mukus serviks ini akan menyediakan persekitaran yang sesuai bagi pergerakan sperma ke arah ovum.
  • GLA ini akan ditukarkan kepada Prostaglandin, sejenis enzim yang dipercayai membantu mengawal atur hormon-hormon reproduktif wanita.
  •             Peranan-peranan lain GLA terhadap kesuburan akan diterangkan kemudian

1.2) Bagaimana GLA Membantu Meningkatkan Kesuburan Wanita


GLA adalah sejenis asid lemak Omega 6. Ia telah digunakan secara tradisional bagi mengatasi masalah seperti senggugut, haid tidak teratur dan merawat simptom-simptom menopaus, kecantikan kulit dan juga untuk kesuburan. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, jarang yang tahu peranan GLA dalam kesuburan wanita.


Berikut adalah peranan GLA dalam kesuburan wanita:
 
GLA dapat membantu menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur


Terdapat banyak factor yang mempengaruhi kitar haid seperti pemakanan, hormon, tekanan dan lain-lain. Kitar haid yang tidak teratur mungkin merupakan salah satu petunjuk bahawa diri seseorang itu mempunyai masalah dalam system reproduktifnya.
Selain itu, jika kitar haid seseorang itu tidak teratur, ia merumitkan usaha untuk meramal hari-hari subur  yang secara tak langsung akan merendahkan lagi peluang kehamilan.

GLA membantu dalam proses penghasilan mukus serviks yang berkualiti dan juga meningkatkan kuantitinya


Mukus serviks yang berkualiti akan membantu pergerakan sperma menuju ke uterus dan seterusnya mensenyawakan ovum. Jika hubungan kelamin dilakukan lebih awal dari tarikh jangkaan ovulasi, dengan perantaraan mukus serviks yang berkualiti, ia akan membolehkan sel-sel sperma dapat hidup dalam tiub Fallopio sehingga 5 hari sebelum berlakunya ovulasi.


GLA membantu mengatasi senggugut

Senggugut terjadi apabila kekejangan pada otot dalam Rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA. Pengambilan GLA dapat mengatasi masalah ini.


GLA dapat menguatkan placenta dan meningkatkan lapisan Uterus

GLA membekalkan persekitaran yang baik bagi membantu telur yang disenyawakan untuk menempel dan tumbuh.


GLA boleh ditukarkan kepada Prostaglandin, yang memainkan peranan penting dalam mengurangkan keradangan (imflammation)

Keradangan ini mungkin akan menghalang proses persenyawaan sperma dan telur. Keradangan ini adalah antara punca kepada masalah Endometriosis dan masalah kesuburan lain.

Nota Penting:

“ Persekitaran Rahim adalah tempat dimana bertemunya dua watak utama dalam proses kehamilan iaitu sperma dan ovum. Oleh itu, persekitaran ini memainkan peranan penting bagi memastikan proses persenyawaan ovum dan sperma berlaku dengan lancar. Pengambilan GLA akan mengoptimumkan persekitaran Rahim bagi membantu kejayaan proses persenyawaan. Kesimpulannya, GLA akan bertindak di bahagian persekitaran Rahim.”


1.3) Apa itu CoQ10?


Dengan pengambilan GLA, persekitaran Rahim akan berada pada tahap terbaik bagi memastikan proses persenyawaan berlaku dengan jayanya. Namun, bagaimana pula dengan Ovum?

Tahukah anda bahawa apabila seseorang bayi perempuan dilahirkan, ia telah disediakan oleh Yang Maha Pencipta dengan sejumlah telur/ovum. Tiap-tiap bulan, telur ini akan mengalami proses pematangan. Setiap bulan, satu demi satu telur yang matang akan dibebaskan dari ovary dan bergerak ke tiub Fallopio untuk disenyawakan oleh sperma.

Telur ini perlu berada dalam keadaan baik dan berkualiti bagi memastikan ia dapat disenyawakan dengan baik oleh sperma. Antara masalah yang mungkin berlaku kepada telur adalah tidak matang, saiz kecil dan kekurangan dari segi kualiti.

Oleh itu bagaimana ingin memastikan bahawa proses pembebasan telur dari ovary berlaku dengan lancar dan telur yang terhasil tersebut berkualiti dan dapat disenyawakan dengan baik oleh sperma?
Di sinilah peranan yang dimainkan oleh CoQ10. CoQ10 terkandung didalam Coqhealth Plus. Pengambilan CoQ10 akan dapat membantu menghasilkan telur yang matang dan berkualiti bagi memastikan kejayaan proses persenyawaan.

CoQ10 (Coenzyme Q10) yang juga dikenali sebagai Ubiquinone adalah sejenis nutrient yang larut lemak yang penting bagi penghasilan tenaga di dalam sel. CoQ10 ini mula dijumpai oleh Professor Fredrick L. Crane pada tahun 1957. Namun, perkaitannya dengan proses penghasilan tenaga yang dijumpai oleh Dr Peter D. Mitchell pada tahun 1978 dan seterusnya mendapat Hadiah Nobel atas penemuannya ini.

CoQ10 boleh didapati pada setiap sel pada badan manusia. CoQ10 juga boleh didapati dari sumber-sumber makanan seperti hati, daging, kekacang, sardine dan soya. Sel badan menggunakan CoQ10 ini bagi menghasilkan tenaga bagi tumbesaran dan pengawalaturan sel, termasuklah ovum (ovum adalah sejenis sel). Ia juga berfungsi sebagai antioksidan yang mengawal sel daripada molekul-molekul radikal bebas.

CoQ10 sangat terkenal sebagai suplemen untuk kesihatan jantung. Ia juga sangat membantu individu-individu yang selalu mengalami masalah keletihan dan kelesuan. Oleh itu, biasanya CoQ10 ini diambil bagi tujuan kesihatan jantung dan tenaga. Peranannya bagi tujuan ini banyak disokong oleh pelbagai kajian-kajian klinikal dari seluruh dunia. Namun, tersangat jarang yang tahu tentang peranan CoQ10 dalam bidang kesuburan, baik bagi wanita mahupun lelaki.

Sebenarnya, peranan CoQ10 terhadap kesuburan lelaki telah lama dikaji oleh para penyelidik manakala hipotesis tentang peranan CoQ10 terhadap kesuburan wanita pula mula diperkenalkan pada tahun 2009. Jurnal ‘Fertility & Sterility’ telah menerbitkan kajian tersebut yang telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Toronto Centre of Advanced Reproductive Technology yang diketuai oleh Eliezer Burstein M.D. Kesan daripada pengambilan CoQ10 ini didapati telah membantu kejayaan proses IVF bagi pesakit-pesakit beliau. Dalam masa 3 tahun, kadar kejayaan IVF dalam kalangan pesakit wanita yang berumur lebih 40 tahun meningkat sebanyak 10 peratus.




Kemudian, beberapa kajian lanjut yang dijalankan juga menunjukkan hasil yang menarik dan mula mengukuhkan lagi hipotisis sebelum ini. ( Kami hanya menunjukkan sebahagian kajian sahaja)










1.4) Bagaimana CoQ10 Meningkatkan Kesuburan Wanita 

Sebelum itu, kita lihat proses pematangan sel telur melalui gambarajah dibawah:

 





CoQ10 memainkan peranannya dalam mitokondria. Mitokondria adalah ibarat stesen janakuasa bagi sesuatu sel. CoQ10 akan memainkan peranan bagi penghasilan ATP sebagai sumber tenaga bagi membantu ‘oocyte primer’ iaitu telur yang belum matang untuk berkembang kepada telur yang matang(Secondary oocyte). Telur yang matang ini akan dibebaskan keluar dari ovari dan menuju ke Tiub Falopio untuk disenyawakan oleh sperma.

Proses pematangan Oosit Primer ini sangat memerlukan ATP(Sumber tenaga) yang banyak. Bagi sesetengah wanita terutamanya yang sudah berusia, kandungan CoQ10 ini semakin berkurangan. Oleh itu, ATP dalam Mitokondria juga berkurangan menyebabkan kualiti telur merosot.

Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, seseorang bayi perempuan akan lahir dengan sejumlah telur yang akan dibebaskan satu demi satu setiap bulan. Katakanlah seseorang wanita tersebut berusia 40 tahun, maka telur wanita tersebut juga berusia 40 tahun. CoQ10 yang terkandung secara semulajadi dalam diet harian seperti ikan, daging, dan sesetengah buah-buahan dan sayuran adalah sangat sedikit bagi menampung kekurangan ini.

Oleh itu, dengan izin Yang Maha Pencipta, pengambilan CoQ10 akan membantu membekalkan tenaga bagi proses penghasilan telur yang sihat dan berkualiti.

Nota penting:


“Proses penghasilan ovum yang sihat dan berkualiti memerlukan banyak tenaga. Tenaga ini dibekalkan oleh CoQ10. Namun dengan peningkatan usisa dan kaedah pemakan yang tidak sihat, kandunagn CoQ10 dalam seseornag wanita akan merosot. Pengambilan CoQ10 akan membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga dalam proses ovulasi. Ini akan memastikan bahawa telur yang terhasil adalah sihat, matang dan berkualiti. Kesimpulannya, CoQ10 akan bertindak di peringkat awal proses pematangan telur pada peringkat Oosit Primer”.




(2) Suplemen Tambahan Untuk Kesuburan Wanita


Oleh kerana peranan penting yang dimainkan oleh GLA dan CoQ10 dalam meningkatkan kesuburan wanita, bagi mereka yang berikhtiar untuk dapat zuriat, pengambilan dua suplemen tersebut adalah perlu. Maka ia adalah merupakan Set Kesuburan Asas. Bagi memastikan ikhtiar anda mencapai tahap yang optimum, beberapa suplemen berikut juga boleh memberikan kesan yang sangat ketara dalam peningkatan tahap kesuburan wanita.


2.1) B Kompleks


B Kompleks adalah terdiri daripada beberapa siri Vitamin B. Antara yang penting untuk kesuburan adalah Vitamin B6. Menurut Dr. Randine Lewis, Vitamin B6 akan membantu meningkatkan aras progesteron, hormon yang menyediakan badan bagi kehamilan. Ia juga didapati dapat menurunkan aras prolaktin. Kekurangan B6 akan meningkatkan penghasilan estrogen sehingga ke tahap yang berlebihan. Keadaan ini akan menhyebabkan penghasilan progesteron oleh ovari terganggu. Keadaan ini dipanggil ‘luteal phase defect’.

Selain itu, aras Vitamin B6 berserta dengan B12 dan Asid Folik akan membantu merendahkan aras Homosistein pada tahap yang lebih rendah. Homosistein adalah sejenis asid amino, Dalam satu kajian yang dilakukan di Belanda dan diterbitkan oleh Jurnal ‘Human Reproduction’ pada tahun 2006, mendapati bahawa aras Homosistein tinggi memberi kesan yang tidak baik terhadap kualiti Embrio yang terhasil dari proses IVF.

Dalam satu lagi kajian yang juga dijalankan di Belanda dan diterbitkan dalam jurnal ‘Fertility and Sterility’ pada tahun 2010, kaedah pemakanan yang tinggi Vitamin B6 memberi kesan yang signifikan terhadap kesuburan.

Pernah dengar Myo-inositol(MI)? MI adalah sebahagian daripada Vitamin B Kompleks. Kajian menunjukkan bahawa kandungan MI yang tinggi mempunyai perkaitan rapat dengan penghasilan telur yang berkualiti. Kajian juga menunjukkan bahawa ia dapat memberi kesan yang sangat baik bagi pesakit PCOS.



Tahukah anda apa itu asid folik? Biasanya ia dicadangkan pengambilannya oleh doktor untuk wanita-wanita pada peringkat awal kehamilan.

Asid folik adalah sejenis Vitamin B, juga dikenali dengan B9. Selain itu, ia juga dikenali sebagai folate atau folacin. Asid folik dipercayai dapat membantu proses sintesis bahan-bahan genetik sel-sel badan dan membantu fungsi otak.

Pengambilan asid folik bagi wanita mengandung penting untuk mengurangkan risiko kecacatan semasa kelahiran yang melibatkan otak dan tulang belakang seperti spina bifida yang terjadi 1 dalam setiap 1000 kelahiran. Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh ‘The Centers for Disease Control’ di US, wanita yang mengambil asid folik mengikut cadangan dos harian dapat mengurangkan risiko pelbagai komplikasi kelahiran sebanyak 50%.

Tetapi sebenarnya, pengambilan asid folik adalah sangat digalakkan sebelum kehamilan. Tidak dapat dipastikan secara khusus tenteng asid folik keatas kesuburan, tetapi ia adalah penting bagi mengurangkan risiko keguguran.


2.2) Vitamin C

Vitamin C dapat membantu meningkatkan aras hormon progesteron dalam badan dan membantu membetulkan gangguan fasa luteal. Kepentingan hormon Progesteron ini sudah diterangkan sebelum ini. Berikut adalah sebahagian daripada penulisan asal kajian tersebut.






Selain itu pengambilan Vitamin C akan membantu penghasilan mukus serviks. Walaubagaimanapun, pengambilan Vitamin C secara berlebihan mempunyai kesan yang sebaliknya terhadap mukus serviks. Namun, GLA adalah suplemen terbaik untuk penghasilan mukus serviks.

2.2) Multivitamin

Menurut Prof Rina Agrawal dari Warwick University, setiap wanita yang dalam ikhtiar untuk hamil perlu mengamalkan pengambilan Multivitamin. Kajian beliau ini diterbitkan dalam Jurnal Reproductive BioMedicine Online.

Selain itu, seorang pakar kesuburan tempatan yang terkenal, Dr Hamid Arshat sendiri pernah menyarankan pengambilan Multivitamin dalam proses untuk mendapatkan zuriat.




3) COQ10 & ZINK UNTUK KESUBURAN LELAKI

Sebelum mengulas lebih lanjut mengenai peranan CoQ10 dan Zink bagi kesuburan lelaki, terlebih dahulu kami ingin ketengahkan satu fakta yang agak mengejutkan.


# Hanya 1 daripada 4 lelaki yang mempunyai kualiti sperma pada tahap optimum.

# Jumlah bilangan sperma bagi lelaki seluruh dunia dianggarkan berkuangan sebanyak 50% sejak tahun 1930.

Kedua-dua fakta diatas didapati daripada kajian yang diterbitkan dalam Jurnal European Urology pada tahun 2012.

(Joegensen N, Joensen UN, Jensen TK, et al. Human semen quality in the new millennium: a prospective cross-sectional population-based study of 4867 men. BMJ Open. 2012;2(4))






3.1) Bagaimana CoQ10 Meningkatkan Kesuburan Lelaki



Sebenarnya, kajian tentang CoQ10 terhadap lelaki adalah lebih meluas berbanding wanita. Satu kajian yang dilakukan di Iran pada tahun 2009 telah diterbitkan dalam ‘The Journal or Urology’. Hasil kajian daripada penyelidik di Urology and Nephrology Research Center, Tehran tersebut telah mendapati bahwa terdapat peningkatan yang signifikan terhadap kuantiti dan motiliti sperma.



Dalam satu kajian lain yang melibatkan seramai 212 pesakit Idiopathic Oligoasthenoteratospermia, didapati bahawa terdapat peningkatan yang ketara dari segi bilangan sperma dan pergerakan aktif sperma juga bertambah.



Berikut adalah antara kajian-kajian lain tentang kesan CoQ10 terhadap kesuburan lelaki.








3.2) Zink dan Kesuburan Lelaki 


Zink mengandungi lebih 200 jenis protein dan enzim yang perlu untuk kesuburan lelaki. Kekurangan Zink akan mempengaruhi penghasilan hormon testosteron dan menjejaskan kualiti dan kuantiti sperma. Suatu kajian telah dijalankan terhadap 37 lelaki yang mengalami masalah ketidaksuburan selama lebih dari 5 tahun dengan bilangan sperma kurang dari 25 juta/ml. Mereka diminta untuk mengambil 60mg Zink setiap hari selama 40-50 hari.
  
Hasilnya, 22 pesakit yang pada asalnya aras hormon testosteronnya kurang telah menunjukkan peningkatan hormon tersebut dan seterusnya didapati bilangan sperma telah meningkar secara signifikan. Daripada 22 pesakit ini, 9 daripada isteri mereka telah berjaya hamil. Bagi 15 pesakit dengan aras testosteron yang normal pula menunjukkan sedikit peningkatan bilangan sperma tetapi tiada perubahan aras testosteron dan tiada kehamilan direkodkan.  

4) Suplemen Tambahan untuk Kesuburan Lelaki

 4.1) Vitamin E


Vitamin E adalah sejenis antioksidan penting yang memainkan peranan dalam penghasilan sperma. Kekurangan Vitamin E didapati akan membantutkan proses penghasilan sperma. Berdasarkan satu kajian yang dilakukan keatas lelaki yang mengalami masalah kesuburan, pengambilan Vitamin E membantu meningkatkan peratus kehamilan sebanyak 20%.


Dalam sebuah kajian yang diterbitkandalan jurnal ‘Fertility and Sterility’, pengambilan Vitamin E sebanyak 600IU setiap hari secara dramatik akan meningkatkan fungsi sperma. 

Menurut kajian tersebut, oleh kerana kebanyakan punca ketidaksuburan lelaki adalah disebabkan oleh gangguan fungsi sperma, maka Vitamin E adalah suatu bentuk rawatan yang mudah dan murah. Manakala dalam satu kajian lain yang diterbitkan dalam sebuah jurnal pada tahun 1960, pengambilan Vitamin E (400-800 i.u. setiap hari) akan memperbaiki kualiti sperma dan telur.

Vitamin E terdapat dalam 8 bentuk utama, alpha tocopherol adalah jenis yang paling aktif dalam manusia dan ia adalah antioksidan biologikal yang kuat. Manakala d-alpha tocopherol pula adalah jenis Vitamin E yang paling baik untuk dijadikan suplemen kerana ia adalah 100% sumber semulajadi dan mudag diserap oleh badan.

Vitamin E yang dipasarkan secara komersial boleh dikelaskan kepada beberapa kategori:


  •           Vitamin E Sintetik.Iaitu dari jenis d1-alpha tocopherol. Ia adalah jenis yang paling mahal dan paling banyak didapati di pasaran. Biasanya didapati dalam bentuk ‘acetate ester’.
  •           Natural mixed tocopherol. Ini adalah bentuk yang kurang baik dari segi kadar penyerapan dalam badan.
  •           Vitamin E sumber semulajadi iaitu d-alpha-tocopherol. Ia adalah jenis yang mudah diserap dalam badan. D-alpha-tocopherol inilah yang paling baik untuk dijadikan suplemen. (Untuk makluman anda, tidak banyak syarikat yang mengeluarkan Vitamin E D-alpha-tocopherol. Shaklee adalah jenama yang paling terkenal dengan jenis Vitamin E semulajadi)
-

4.2) Selenium

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa kekurangan selenium boleh menghalang perngoksidaan bagi sperma. Pengoksidaan bagi sperma adalah penting untuk kualiti sperma yang dihasilkan. Kekurangan selenium juga boleh menyebabkan penghasilan sperma yang ekornya senang terputus. Seseorang lelaki akan kehilangan selenium melalui pengeluaran air mani.

Terdapat juga satu kajian yang dilakukan terhadap segolongan lelaki yang mengalami masalah bilangan sperma yang kurang. Melalui pengambilan suplemen selenium, didapati terdapat penambahan dalam bilangan sperma sebanyak 2 kali ganda. Walaubagaimanapun, pengambilan selenium dalam jumlah yang banyak sebaliknya akan menjadi beracun.

4.3) Vitamin C


Dalam satu kajian yang dijalankan, sekumpulan lelaki berumur 25-35 tahun telah diberi 1000mg Vitamin C sebanyak 2 kali setiap hari. Setelah 2 bulan, secara purata, kadar peningkatan bilangan sperma telah meningkat sebanyak 129% motiliti pula meningkat kepada 93% dan morfologi sperma meningkat sebanyak 55%.



Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Dr. Earl Dawson M.D., Ph.D., Associate Professor di University of Tezas Medical School, Galveston, kekurangan Vitamin C akan menyebabkan aglutinasi sperma. Aglutinasi sperma adalah suatu keadaan dimana sperma akan melekat di antara satu sama lain dan membantutkan pergerakan sperma Vitamin C juga didapati dapat menurunkan kadar kerosalan DNA pada sperma sebnayak 91%.


4.4) VitaminB Kompleks


Bagi lelaki, B12 akan meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma. Ini berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas sekumpulan lelaki yang mengalami masalah kekurangan bilangan sperma iaitu hanya 20 juta/mk. Setelah membuat pengambilan 1000 microgram Vitamin B12 setiap hari, didapati 27% daripada mereka mencatat peningkatan bilangan sperma sebanyak 100 juta/ml.
 


source


Testimoni berjaya hamil dengan Shaklee:

- Alhamdulillah Kak king disahkan hamil apabila genap setahun kak king berkahwin. Pada awalnya kak king mengalami haid yang tidak tetap, dilingkungan 30-40 hari cycle kak king. Kak king cuma mengamalkan GLA dan Vitalea pada masa itu dan suami mengamalkan Zink. - Kak King

Testimoni lain:




Anda mencari suplemen kesihatan? Atau skincare, haircare atau homecare yang natural?
Sebarang pertanyaan/ order/ konsultasi/ cara pengambilan:
Jangan segan silu hubungi kak king yer (013-3154313)